fbpx

[KEMASKINI] Lima mangsa rentung pelajar USAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran kereta dan treler muatan besi pagar yang mengorbankan lima pelajar USAS di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora di sini.- FORO: IHSAN PDRM

KUALA KANGSAR – Identiti kesemua mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini telah dikenal pasti.

Mangsa terlibat dikenali Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, beralamat Taman Desa Bukit Bujang Kuala Kubu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, beralamat Taman Perumahan Perwaja Cukai, Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, beralamat Taman Impian Jaya Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, beralamat di Magna Ville Selayang Batu Caves, Selangor; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 beralamat Taman Kerian Permai Parit Buntar, Perak.

Difahamkan, kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

Perkara itu disahkan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr. Ahmad Zaki Hasan.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Dalam kejadian tersebut, pemandu treler berusia 28 dan 37 tahun tidak cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI