fbpx

[VIDEO] Kelas sayu dapat berita lima rakan rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler berhampiran Terowong Menora malam tadi.

PETALING JAYA – Pembelajaran di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada pagi ini bertukar sayu susulan kemalangan maut membabitkan lima pelajarnya ada malam tadi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook Aida Hartini Nan, tiga daripada mangsa yang terkorban dalam kejadian itu aalah pelajarnya.

“Terkejut menerima berita sedih dan memilukan babit kematian lima pelajar USAS malam tadi dan tiga daripada mereka adalah pelajar ustazah.

“Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka,” katanya hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, ibu bapa Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk membuat pengecaman anak masing-masing yang rentung.

“Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah memberikan rahmat dan keredaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat.

“Mereka semua sedang menuntut ilmumu Ya Allah. Mudahkanlah urusan mereka di sana,” doanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook, Van Jenazah Team Pemburu Pahala turut terpanggil untuk menghulurkan bantuan pengurusan jenazah mangsa.

“Dengan rendah diri, kami ingin membantu pengurusan jenazah ke kluang, Johor yang melibatkan kemalangan lima pelajar USAS di Kuala Kangsar tengah malam tadi.

“Sekiranya ada kenalan yang mengenali waris, boleh maklumkan pada kami berserta nombor telefon waris menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

Terdahulu, lima pelajar USAS maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Terowong Menora kira-kira pukul 12.52 tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI