fbpx

Kegigihan Amelina menyentuh jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi sebelum dan selepas beraksi Amelina sebagaimana dikongsi anaknya menyentuh hati.

JIKA bercakap tentang Amelina, satu hal yang bermain dalam kepala adalah kegigihannya mencari sesuap nasi untuk anak-anak.

Memang sebak jika nak menyingkap semula perjalanan hidupnya sehingga hari ini, terutama dalam membesarkan enam orang anaknya.

Baru-baru ini, muncul pula sebuah video TikTok yang difahamkan dikongsi oleh anak perempuannya memaparkan kehidupan sebenar Amelina semasa dan selepas bekerja.

Dalam video tersebut, seorang anaknya memaparkan Amelina sedang menyanyi bergelek bagi menghiburkan peminat tetapi kemudiannya nampak sangat keletihan selepas melakukan persembahan.

Disebabkan video tersebut, ramai yang sebak dan memuji kegigihan Amelina yang masih ligat dengan persembahan nyanyian pada usia sekarang demi menyara keluarga.

“Inilah hakikatnya, demi kelangsungan hidup, dia sanggup berkorban menghiburkan orang lain,” komen netizen.

“Dia seorang yang tabah, semoga Amelina terus kuat dan tenang dalam setiap perkara yang dilakukannya demi mencari rezeki,” doa seorang pengguna TikTok buat pelantun lagu Memori Daun Pisang itu.

Semoga kak Long terus kuat dan jangan sesekali berputus asa ya.

MIZZ LAHAR: Sebak juga lihat keadaan kesihatan pelawak veteran Hamid Gurkha ketika ini. Sama-sama doakan yang terbaik buatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI