fbpx

Jambatan gantung terpanjang di dunia mula dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sky Bridge 721 mempunyai jarak sepanjang 720.8 m dan tergantung di udara pada ketinggian 94.8 m. - Sky Bridge 721

PRAGUE, REPUBLIK CZECH – Sebuah jambatan gantung yang didakwa terpanjang di dunia kini dibuka secara rasmi di Republik Czech, yang menjadi tarikan pelancongan terbaharu di negara itulapor akhbar The Sun kelmarin.

Sky Bridge 721, mempunyai jarak sepanjang 720.8 meter (m) dan tergantung di udara pada ketinggian 94.8 m.

Jambatan tersebut menghubungkan dua gunung yang sering didaki orang ramai yang terletak di Dolni Morava.

Pengunjung yang melalui Sky Bridge 721 berpeluang mencabar keberanian diri apabila berjalan di atas jambatan gantung yang hanya selebar 1.2 m pada altitud 1,124.7 m.

Menurut laman web Sky Bridge 721, ia kini merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia dengan mengatasi rekod Jambatan Baglung Parbat di Nepal yang mempunyai jarak 567 m.

“Sky Bridge 721 dikelilingi oleh pemandangan alam semula jadi gunung Kralicky Sneznik, kira-kira 200 kilometer di timur Prague. Ia menawarkan pengunjung pemandangan hebat landskap semula jadi yang tidak boleh dialami di lokasi lain,” demikian menurut laman web rasmi pengurusan jambatan tersebut.

Sky Bridge 721 mula dibuka secara rasmi pada Jumaat lalu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI