AKTRES cantik Hyeri mendedahkan kerap membaca komen-komen negatif dalam media sosial, namun lebih memandang perkara tersebut dari sudut positif.
Memetik laporan Soompi, Hyeri memilih untuk menutup komen netizen yang bersifat negatif dan keterlaluan dalam media sosial jika ada yang dilihat tidak menyukainya.
“Sebenarnya ada banyak komen baik daripada buruk, jadi tak mengapalah.
“Bila saya melihat sesuatu yang keterlaluan dan tidak masuk akal, saya terus tutup komen tersebut selepas baca.
“Saya okey saja dengan perkara tersebut. Itu juga sebahagian daripada kerjaya yang saya pilih ketika ini,” katanya.