fbpx

Hollywood Walk of Fame lokasi pelancongan paling banyak terima komen negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATA-RATA lokasi pelancongan yang tersenarai mendapat skor satu atau dua bintang. – Alamy

LONDON – Satu tinjauan yang dilakukan di laman perbandingan Tripadvisor mendapati bahawa Hollywood Walk of Fame, yang terletak di Amerika Syarikat menjadi lokasi tarikan pelancong paling banyak menerima komen negatif, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Lokasi itu diberikan 20 peratus skor, dengan antara satu ke dua bintang. Tempat tumpuan ramai itu dikatakan kurang bersih dan dipenuhi dengan gelandangan di sekitar jalan raya.

Selain itu, Istana Versailles di Perancis pula menduduki tempat kedua carta. Lokasi yang menjadi tempat tinggal Raja Perancis, Louis XIII itu telah menelan belanja sehingga berjuta-juta untuk mencantikkan bangunan dan tamannya.

Bagaimanapun, tidak semua pelawat kagum dengan istana tersebut selepas hanya 17 peratus skor diberikan, iaitu antara satu ke dua bintang. Rata-rata pengulas tidak berpuas hati kerana kawasan itu terlalu padat dan kurang kawalan.

Lokasi pelancongan ketiga dengan komen buruk adalah Stonehenge yang menjadi tarikan di Britain dengan lapan peratus skor diberikan, iaitu antara satu atau dua bintang.

Antara yang lain turut tersenarai termasuk The Hollywood Sign di California, Menara Big Ben di London, White House di Washington, Menara Condong Pisa di Itali, Bangunan Empire State di Bandar Raya New York, Piramid Giza di Mesir dan Istana Buckingham yang juga terletak di London. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI