fbpx

Doktor pakar dalam senarai nama ‘pembuli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin hadir di Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa di Hotel Everly Putrajaya hari ini. - FOTO: FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Lima nama doktor yang didakwa sebagai ‘pembuli’ di Hospital Pulau Pinang (HPP) turut melibat doktor pakar, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau mengesahkan sudah melihat nama tersebut yang sebelum ini telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) seterusnya, siasatan dijalankan berhubung tuduhan itu.

“Apa yang kita lihat sekarang ialah aduan dibuat. Ada nama telah dihantar kepada saya ialah peringkat pakar.

“Bukan senang kita pindahkan jadi buat masa ini, semua bertugas seperti biasa cuma siasatan berjalan,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Jururawat Antarabangsa di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sisatan berhubung tuduhan itu dijalankan oleh Unit Integriti KKM dan pasukan petugas khas bebas yang akan diumumkan esok.

“Unit integriti kita iaitu siasatan tatatertib biasa dan setelah siasatan dibuat secara sepenuhnya, maka laporan akan diberi tentang tuduhan tersebut.

“Sekarang ini kita menerima banyak aduan dan tuduhan, nama doktor dan pakar yang kononnya atau yang dikatakan membuli doktor junior,” katanya.

Sehubungan itu, Khairy Jamaluddin berkata, untuk memastikan keadilan kepada semua pihak, ia mesti melalui proses telus yang akan dikemukakan kepada beliau nanti.

“Itu adalah proses dalaman biasa kita laksanakan. Selain itu seperti saya umumkan sebelum ini, satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan dan mereka juga akan melihat aduan-aduan tersebut.

“Bukan saya mempengerusikannya (pasukan petugas khas) dan esok saya akan umumkan sebab ia melibatkan terma,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI