fbpx

City dapat Haaland harga ‘durian runtuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menjadi satu pembaziran buat Real susulan penyerang Norway itu tidak akan berada dalam kesebelasan utama sebab tidak sebagus Benzema. – AGENSI

MANCHESTER – Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City mendapat untung besar apabila berjaya dalam urusan tawar-menawar untuk membeli Erling Braut Haaland dengan harga yang rendah.

Ia selepas The Citizens dilaporkan berjaya mendapatkan tandatangan salah seorang pe­nyerang terbaik Eropah itu de­ngan yuran perpindahan bernilai £51 juta (RM275.49 juta) daripada Borussia Dortmund.

Harga yang perlu dibayar City dilihat agak rendah jika diban­dingkan dengan rekod jaringan Haaland iaitu 85 gol dalam 88 penampilan sejak menyertai Dortmund daripada RB Salzburg pada Disember 2019.

“Manchester City mengumumkan pihak kami telah mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund berhubung perpindahan penyerang, Erling Haaland yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.

“Urusan perpindahan ini masih lagi tertakluk kepada terma-terma yang akan dimuktamad­kan antara kedua-dua pihak,” menurut kenyataan rasmi City awal pagi semalam.

Pengurus City, Pep Guar­diola pastinya sudah merancang strategi dan formasi sesuai buat Haaland untuk memastikan skuad bimbingannya kembali mencabar di pentas Eropah.

Kehadiran pemain berusia 21 tahun itu juga secara tidak langsung dilihat berjaya menyelesaikan masalah City yang selama ini tiada penyerang No.9 sejak Sergio Aguero berhijrah ke Barcelona pada Mei 2021.

Ia turut menamatkan spekulasi perpindahan City yang sebelum ini dikatakan terdesak memburu penyerang utama Tottenham Hotspur dan England, Harry Kane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI