fbpx

Bermula jadi imam tarawih, Haris kini imam seumur hidup Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dan Haris ketika menjadi tetamu undangan istimewa pada program MeleTOP semalam.

PETALING JAYA –  Selepas lebih setahun bernikah, Neelofa mendedahkan dia jatuh cinta dengan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail  ketika lelaki itu menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, itu berkata, Haris adalah individu terakhir yang dihubungi selepas beberapa nama lain tidak mempunyai kelapangan memenuhi undangan tersebut.

“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa itu tahulah dia ‘handsome’ (kacak).

“Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Tetapi orang itu tak boleh, ini tak boleh.

“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan Haris, jadi saya panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya.

Bekas pengacara MeleTOP itu membuat pendedahan berkenaan selepas diundang ke program tersebut yang pernah dikendalikannya, semalam.

Ditemani suami tercinta yang tampak tersipu-sipu malu apabila Neelofa membuka mulut berkongsi detik permulaan cinta mereka, hos program iaitu Nabil Ahmad serta Elly Mazlein juga rancak mengusik.

Menerusi rakaman yang dimuat naik menerusi Instagram rasmi program MeleTOP, Haris dilihat turut mencelah sambil sesekali tertawa kecil.

“Cerita macam ini malu, cerita sikit-sikit saja. Okey cukup, ringkas, padat dan sampai,” kata lelaki berusia 27 tahun itu kepada isterinya.

Malah suasana bertambah gamat apabila Nabil dan Elly juga tidak ketinggalan ‘mencuit’ mereka perihal duit raya permata hati, Muhammad Bilal yang mencecah RM14,000.

Akui usahawan wanita itu lagi, dia hanya menyedari jumlah kutipan duit raya berkenaan selepas mahu membuka akaun bank buat Bilal.

“Kami tak perasan pun, masa itu kami memang nak buka akaun bank untuk dia. Bila buat kira-kira, alhamdulilah.

“Duit yang datang pula daripada kawan-kawan mak kita, saudara-mara dari Kelantan dan Besut yang kirimkan. Rezeki lah si kecil itu,” katanya.

Terdahulu, beberapa hari lalu tular video Neelofa dan Haris sedang mengira duit raya anaknya yang baru berusia empat bulan serta mendedahkan jumlahnya lebih RM14,000.

Video berkenaan terus menjadi topik dalam laman maya apabila ramai warganet mengatakan duit raya Bilal lebih banyak dari pengeluaran khas KWSP berjumlah RM10,000 sebelum ini.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 31 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI