fbpx

Angkasa kekal perkasa dan melestari gerakan koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meneruskan komitmennya dalam agenda memperkasa koperasi bagi melihat gerakan itu kekal lestari dalam memainkan peranan dan memberi sumbangan kepada landskap ekonomi negara serta peningkatan kualiti taraf hidup anggotanya dan rakyat Malaysia.

Presiden Angkasa merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan sentiasa melaksanakan inisiatif bagi mewujudkan bidang baharu untuk diceburi oleh koperasi.

Katanya, pelbagai fasa dan cabaran telah dilalui oleh Angkasa bersama gerakan koperasi akibat ketidaktentuan ekonomi yang disebabkan oleh krisis pandemik Covid-19.

“Koperasi juga tidak terlepas menerima tempiasnya namun koperasi tetap dapat bertahan bukan sahaja dalam memenuhi keperluan ekonomi anggotanya malah menyediakan platform seperti peluang pekerjaan dan ruang untuk meningkatkan keberdayaan keusahawan untuk rakyat Malaysia.

“Ini jelas menunjukkan koperasi yang bertunjangkan sokongan padu daripada anggotanya mempunyai daya tahan dalam menghadapi pelbagai krisis,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Jubli Emas dan Pelancaran Sambutan 51 Tahun Angkasa hari ini.

Katanya, bagi memastikan Angkasa dapat memainkan peranan dan tanggunjawabnya, Pelan Strategik Angkasa 2050 atau PESAN50 telah dirangka dan dilaksanakan pada ketika ini.

“PESAN50 mengambil kira dasar-dasar dan kepentingan oleh pemegang taruhnya agar fungsi Angkasa sebagai badan induk dapat dijalankan dengan lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.

“PESAN50 ini turut diselarikan dengan usaha kerajaan untuk menyumbang kepada pengukuhan platform keusahawanan koperasi sebagai platform meningkatkan ekonomi rakyat seperti Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021 hingga 2025 (TransKom) dan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030),” ujarnya.

Katanya, memasuki ulang tahun ke-51, Angkasa akan terus berdiri teguh dan kekal kukuh mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan gerakan koperasi serta komited untuk meneraju dan melaksana inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

Katanya, ia juga bagi memperluas akses anggota koperasi dan menyediakan peluang yang sama kepada seluruh keluarga Malaysia untuk menikmati kemakmuran ekonomi menerusi platform koperasi demi melestarikan kesejahteraan sosioekonomi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI