fbpx

Amaran ribut petir di Sabah, Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Sabah dan Labuan petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran Facebooknya berkata, amaran hujan lebat dan ribut petir di negeri kepulauan Borneo itu bakal berlarutan sehingga pukul 2 petang.

“Di Sabah, kawasan terlibat meliputi pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Ranau, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan serta Kudat.

“Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak seperti Beluru, Miri dan Marudu turut menerima amaran sama,” katanya di sini tadi.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI