fbpx

287 mangsa terjejas ribut Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (kanan) menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada salah seorang mangsa banjir.

KUALA SELANGOR – Kejadian ribut yang melanda Tanjong Karang di sini semalam melibatkan kira-kira 287 mangsa setakat ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, data itu diperoleh hasil laporan polis yang dibuat mangsa dan jumlahnya dijangka meningkat dalam masa terdekat.

Katanya, beliau akan menyalurkan bantuan sebaik menerima jumlah keseluruhan dan kerugian yang dialami mangsa.

“Selain rumah, saya difahamkan beberapa kawasan sawah padi turut rosak. Saya minta pegawai untuk mencari mangsa bagi mengenal pasti kerosakan serta kerugian yang dialami mereka,” katanya selepas majlis pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Dato’ Penggawa, di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan laungan azan dan orang mengaji antara tindakan yang dilakukan sebahagian penduduk di Tanjung Karang dalam kejadian ribut dan hujan lebat awal pagi semalam.

Antara lokasi terjejas dalam kejadian pukul 2 pagi itu di Tali Air, Ban 4, Kampung Tok Adam, Kampung Sungai Burung, Kampung Sungai Tenggi Kanan Darat dan Kampung Sawah Sempadan.

Mengulas mengenai pemberian bantuan mangsa banjirpada Disember lalu, Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberitahu, sebanyak 5,993 ketua isi rumah (KIR) menerima bantuan barangan keperluan asas berjumlah RM2,500 hari ini.

“Saya menjangkakan majoriti mangsa akan hadir ambil bantuan ini. Sekiranya ada yang tak hadir, pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri akan menghubungi mereka bagi mendapatkan akaun bank bagi proses memasukkan wang ke dalam akaun mereka,” katanya.

Kira-kira RM20.97 juta telah diperuntukkan kerajaan Persekutuan kepada semua mangsa banjir di Kuala Selangor. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI