fbpx

Terpaksa terokai ‘hutan’, gara-gara ikut laluan ‘Waze’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan lelaki terpaksa memandu meredah masuk kawasan semak samun angkara terlalu mengikut arahan alat navigasi.

PETALING JAYA – Sering kali pengguna jalan raya menggunakan teknologi seperti aplikasi navigasi atau Waze untuk mendapatkan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan trafik yang berlaku.

Namun, berbeza dengan situasi yang dihadapi sekumpulan lelaki apabila mereka terpaksa meredah masuk kawasan semak-samun angkara terlalu mengikut arahan alat navigasi tersebut.

Video yang dikongsikan seorang pengguna media sosial @pudyenn93 itu telah mendapat perhatian ramai dan sehingga kini lebih 1.4 juta tontonan diterima.

Menerusi rakaman tersebut, sekumpulan lelaki berkenaan hanya mampu menggeleng kepala apabila laluan yang disangkakan memudahkan perjalanan sebenarnya lebih menyusahkan mereka.

Menariknya, pilihan mereka akhirnya menimpa nasib malang apabila di hujung laluan tersebut dihalang oleh pagar dan tidak mempunyai jalan penyambung.

Selain itu, laluan di jalan raya utama yang disangkakan sesak oleh mereka sebenarnya dalam keadaan lengang.

Sehubungan itu, mereka terpaksa berpatah balik ke jalan utama semula untuk pulang beraya.

Pemilik video tersebut sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk tidak menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze sekiranya berdepan dengan kesesakan jalan raya.

“Jalan sesak tak payah ikut Waze,” pesannya.

Meninjau ke ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menunjukkan pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut dan ada yang berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan situasi itu.

“Memang terokai khazanah alam betul, penuh pokok sampai tak nampak jalan, memang bahaya juga kalau tak faham jalan, pakai waze pun boleh sesat,” kata Kamal.

“Aku pernah juga kena ‘scam’ dengan waze, ingatkan dapat jalan mudah, sekali dia bawa lalu jerat cina tengah-tengah malam, dah la satu kereta lain pun tak ada masa itu,” kongsi Saiful. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI