fbpx

Taqiuddin, Sazzlan sumbang emas ketujuh Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAQIYUDDIN dan Sazzlan menceriakan kem negara apabila meraih emas pertama skuad silat negara dalam acara seni ganda putra minggu lepas.

KONTINJEN negara meraih emas ketujuh hari ini apabila gandingan pesilat lelaki negara, Mohd. Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga mengotakan janji untuk muncul juara dalam acara akhir ganda putra pencak silat pada Sukan SEA Vietnam, Hanoi sebentar tadi.

Persiapan rapi yang dilakukan Taqiyuddin dan Sazzlan terutama memperkenalkan teknik serta pukulan buah baharu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan pesilat Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque dan Muhammad Haziq Mohammad Zaque dari Singapura.

Taqiyuddin dan Sazzlan berjaya memberi persembahan mantap untuk menarik perhatian 10 juri di Pusat Sukan Bac Tu Liem selepas berjaya mengumpul mata kemenangan 9.950 mata.

Lawan mereka yang juga pasangan adik-beradik Hazim dan Haziq pula hanya mengumpul 9.905 mata, manakala gangsa pula diraih wakil Thailand dan Vietnam yang tumpas di separuh akhir semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI