fbpx

Skuad khas pantau jualan ubat di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (dua dari kiri) menerima penerangan berhubung rampasan ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi pada program Gerak Gempur Cakna Ubat di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Operasi membanteras penjualan produk ubat tidak berdaftar dan komestik tidak bernotifikasi Kementerian Kesihatan (KKM) bukan sahaja dilakukan menerusi serbuan fizikal malah pengesanan di media sosial.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pihaknya mempunyai skuad penguatkuasaan khas yang sentiasa melakukan pemantauan di media sosial seperti Facebook.

“Antara produk tidak berdaftar yang mendapat permintaan tinggi ialah ubat perangsang seks.

“Ia biasanya dicampur dengan racun berjadual seperti sildenafil yang boleh memberi risiko kehilangan penglihatan dan pendengaran, strok dan serangan jantung,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Gerak Gempur Cakna Ubat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kasemani berkata, JKNT telah merampas 1,287 ubat tidak berdaftar dan komestik tidak bernotifikasi dalam tempoh dua tahun sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Jelas beliau, rampasan itu melibatkan 121 operasi dan jumlah keseluruhan melebihi RM1.1 juta.

“Pemilikan dan penjualan produk tidak berdaftar dan komestik tidak bernotifikasi boleh disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI