fbpx

Sempadan New Zealand dibuka sepenuhnya Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memaklumkan bahawa sempadan negara itu akan dibuka sepenuhnya pada Ogas akan datang. - AFP

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa negara itu akan membuka pintu sempadannya secara menyeluruh pada Ogos ini, sekali gus menamatkan sekatan sempadan yang dikenakan akibat penularan Covid-19.

Dalam masa sama, semua syarat berkaitan ujian saringan Covid-19 yang dikenakan sebelum pelepasan pesawat akan dihapuskan berkuat kuasa pukul 11.59 malam (waktu tempatan) pada 31 Julai. 

Tambah Ardern, negara itu juga bakal dibuka sepenuhnya untuk sektor perniagaan.

Ketika menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli perniagaan di Auckland semalam, Ardern berkata, tarikh itu telah dianjak lebih dua bulan awal untuk memulihkan semula ekonomi terutamanya industri pelancongan.

Sekatan yang dikenakan sejak Mac 2020 itu telah dipuji oleh beberapa pihak dengan New Zealand merekodkan salah satu kadar kematian akibat Covid-19 paling rendah dalam kalangan negara-negara maju.

Bagaimanapun, beberapa kritikan telah dilemparkan ke atas sekatan yang dikenakan kerana dianggap sebagai kekurangan fleksibiliti dan belas kasihan serta menyekat ekonomi.

Antara yang dilaksanakan adalah semua pelawat antarabangsa terpaksa menjalani kuarantin selama dua minggu di kemudahan hotel yang dikendalikan oleh kerajaan dan dikawal oleh tentera.

Sekatan berkenaan bagaimanapun tidak terpakai untuk penduduk New Zealand dan pelancong-pelancong dari negara yang mempunyai perjanjian visa dengan negara itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI