fbpx

Ribut: Detik cemas pindahkan isteri strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu memindahkan seorang wanita yang mengalami strok ketika insiden ribut di Tanjong Karang pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Sepasang suami isteri termasuk seorang daripadanya yang mengalami strok berdepan detik cemas apabila rumah mereka dilanda ribut dalam kejadian di Jalan Lengkungan Tanjong Karang di sini, awal pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 pagi, kedua-dua mangsa berusia 62 dan 69 tahun.

Anak mangsa, Siti Nazuha Ghazali Lee ,31, berkata, semasa kejadian kedua-dua orang tuanya sedang tidur dengan ibunya mengalami strok sejak lima tahun lalu.

Katanya, keadaan ribut itu menyebabkan bumbung rumah ibu bapanya tercabut di bahagian depan dan tepi selain elektrik turut terputus.

“Keadaan ruang tamu turut berselerak ekoran terdapat barangan yang jatuh seterusnya menyukarkan ayahnya untuk memindahkan ibunya.

“Jadi, saya segera menghubungi pihak bomba untuk bantuan segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.38 pagi.

“Kami menggunakan kaedah receo bagi membantu mengangkat dan mengalihkan wanita warga emas itu dan memindahkan lokasi selamat sebelum menyerahkan kepada anaknya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI