fbpx

PM sertai Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan menyertai Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari bermula pada Jumaat ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Ismail Sabri akan menyertai Presiden Amerika Syarikat (AS), Job Biden, Naib Presiden AS, Kamala Harris serta 10 pemimpin ASEAN lain pada sidang kemuncak khas tersebut.

Menurut beliau, dua negara tidak mengambil bahagian pada sidang kemuncak khas itu iaitu Filipina dan Myanmar.

“Saya difahamkan wakil Myanmar tidak dijemput manakala Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tidak hadir sebab pilihan raya umum di negaranya,” katanya kepada pemberita Malaysia di Washington.

Dalam pada itu, Joe Biden akan menjadi hos acara majlis makan malam buat para pemimpin ASEAN di White House pada Jumaat ini.

Beliau akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau serta global dengan pemimpin ASEAN di Jabatan Negara pada Sabtu.

Menurut Saifuddin, Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS itu adalah yang kedua dihoskan Presiden AS di negara berkenaan selepas pertama kali diadakan pada 2016.

Pada masa sama, beliau berkata, antara perbincangan yang diadakan oleh Harris dengan pemimpin ASEAN pada Sabtu ini di Jabatan Negara termasuklah mengenai kesihatan, kerjasama maritim, perubahan iklim dan tenaga bersih.

Ismail Sabri akan menekankan kepaksian ASEAN dalam kerjasama ASEAN-AS pada sidang kemuncak yang menandakan ulang tahun ke-45 hubungan dialog ASEAN-AS tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI