fbpx

Macam anak dara, ramai cemburukan tubuh Lesty Kejora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUBUH Lesty Kejora dikatakan tidak ubah seperti anak dara walaupun sedang mempunyai seorang anak kecil.

PENYANYI dangdut terkenal Lesty Kejora menarik perhatian ramai sewaktu menunggang motosikal di kampung halamannya sambil membonceng suami tercinta, Rizky Billar.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram @lambegosip, pasangan suami isteri romantik itu dilihat berkeliling kampung dengan menaiki motosikal sambil dikerumuni peminat.

Selain aksi lucu Rizky yang dilihat ketakutan ketika membonceng motosikal, netizen turut bercakap tentang bentuk tubuh Lesty yang kekal langsing walaupun baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama pada Februari lalu.

Rata-rata memuji bentuk tubuh pelantun lagu Buka Mata Hati itu masih sama ketika zaman anak dara. Dia kekal ramping dan terjaga.

“Sudah setahun saya bersalin, bentuk badan masih seperti ‘tayar’,” kata seorang netizen.

“Bentuk badan Lesty tidak berubah ketika zaman anak dara,” komen seorang lagi peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI