fbpx

Kes harian Covid-19 dijangka cecah 20,000 minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kes harian Covid-19 di negara ini diramalkan mampu mencecah hingga 20,000 sehari pada minggu hadapan sekiranya nilai kebolehjangkitan negara atau R-naught (Rt) kekal pada paras 1.0.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr. Hanafiah Bashirun berkata, andaian itu dibuat berikutan peningatan nilai Rt yang dicatatkan ketika ini pada paras 0.64.

“Tidak mustahil, seminggu lagi nilai Rt mampu mencapai paras 1.0 dan kes boleh mence­cah 20,000 jangkitan sehari memandangkan ada pergerakan besar-besaran rakyat ketika sambutan Aidilfitri lalu.

“Jadi, selepas dua minggu Aidilfitri, kemungkinan negara akan menyaksikan peningkatan kes Covid-19 dan angkanya boleh mencecah sehingga 20,000 sekiranya bacaan Rt terus meningkat setiap hari,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Kelmarin, angka Covid-19 dicatatkan di negara ini menunjukkan trend peningkatan di mana jumlahnya meningkat sebanyak 2,246 berbanding 2,153 (8 Mei), 1,372 (7 Mei), 1,251 (6 Mei) dan 1,278 (5 Mei).

Nilai R-naught turut menunjukkan trend sama dengan jumlah dicatatkan sebanyak 0.64 (8 Mei), 0.54 (7 Mei) dan 0.52 (6 Mei).

Mengulas lanjut, Dr. Hanafiah memberitahu, orang ramai diminta supaya tidak panik dengan andaian peningkatan kes memandangkan kebanyakan jangkitan melibatkan kategori satu dan dua selain masih di bawah varian jenis Omicron.

“Selain itu, keadaan wad perubatan termasuk unit rawatan rapi (ICU) di hospital masih mencukupi sekali gus memberi terjemahan kepada persediaan pasukan kesihatan jika berlakunya lonjakan jangkitan secara mendadak.

“Paling penting, setiap rakyat perlu terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan tidak mudah leka bagi memastikan negara mampu mengawal penularan drastik kes Covid-19 khususnya selepas Aidilfitri,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI