fbpx

Inilah hasil menuai ketiga kami – Syatilla kongsi foto anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH anak ketiga Syatilla dan Shaheizy Sam, Salama yang dilahirkan Isnin lalu.

PETALING JAYA – Tidak seperti sesetengah artis lain yang berpendirian enggan berkongsi gambar bayi mereka terlalu awal kepada umum selepas dilahirkan kerana bimbang dengan penyakit ain, pelakon Syatilla Melvin pula bersikap sebaliknya.

Belum cukup seminggu seperti menjadi amalan dan nasihat orang tua, Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin tidak menunggu lama untuk berkongsi gambar bayi ketiganya hanya selepas tiga hari dilahirkan pada Isnin lalu menerusi hantaran dalam Instagramnya sebentar tadi.

Isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu juga turut mendedahkan nama yang diberikan buat bayi perempuannya itu.

“Salam semua. Mempersembahkan hasil menuai kami yang ketiga.

“Salama Samheizy binti Shaheizy Sam. 3.05 kilogram. Keluar ikut tingkap (pembedahan). Dagu tetap,” tulisnya berseloroh.

Perkongsian pelakon drama Sha & Shah itu dihujani komen daripada rakan selebriti termasuk peminat yang teruja melihat wajah comel puteri ketiganya itu.

Rata-ratanya memuji kecomelan Salama yang dilahirkan dengan sempurna dan gebu.

“Ya Allah! Punya elok kejadian,” komen pelakon Che Ta.

“Sukanya tengok dia, comel,” tulis Ain Edruce.

Malah ada yang mengakui wajah Salama sangat mirip dengan muka kakaknya iaitu anak kedua Syatilla, Sarima.

“Copy pastu muka Mima habis ni,” komen seorang netizen.

Isnin lalu, Sam ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan Syatilla, 31, selamat melahirkan bayi ketiga mereka di Hospital Ampang Puteri, Selangor sekitar pukul 11 pagi.

Syatilla melahirkan bayi ketiganya itu secara pembedahan ‘czer’, sama seperti dua orang anaknya sebelum ini.

Sekadar info, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung lelaki, Syeriv Samheizy, 5, dan anak kedua Sarima Samheizy, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI