fbpx

Harga petrol RON97 naik 37 sen esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 mencatatkan kenaikan sebanyak 37 sen berkuat kuasa esok sehingga 18 Mei depan, menjadikannya dijual RM4.31 berbanding RM3.94 seliter ketika ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, bagi petrol RON95 dan diesel pula, ia masih lagi kekal dijual masing-masing pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurutnya, pengekalan harga tersebut dibuat bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI