fbpx

Gagal patuhi lampu isyarat, kesalahan paling banyak dirakam kamera UPB JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota UPB JPJ mengesan seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar di Alor Setar, baru-baru ini.

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengesan kesalahan paling banyak dilakukan pengguna jalan raya pada Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) kali ini ialah gagal mematuhi lampu isyarat dan tidak memakai topi keledar.

Dua kesalahan itu dikesan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) yang dilengkapi Enforcement Action Camera (EAC) sepanjang tempoh operasi tersebut.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, sebanyak 18 kes kesalahan lalu lintas berjaya dikesan dan dirakamkan EAC yang dipasang pada topi keledar anggota UPB.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes membabitkan kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.

“Kesalahan kedua paling banyak ialah tidak memakai topi keledar iaitu sebanyak lima kes diikuti dua kes menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” katanya pada sidang akhbar sempena Ops HRA 2022 di JPJ Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, tidak mematuhi lampu isyarat merupakan antara kesalahan utama yang tidak akan dikompaun, sebaliknya perlu menyelesaikan kes itu di mahkamah.

Sementara itu, menurut Abdul Rahman, sebanyak 5,381 kenderaan diperiksa sepanjang operasi tersebut dengan 386 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI