fbpx

Dua pelajar hilang selamat sampai di rumah keluarga di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nanda Maarof

SEREMBAN – Dua beradik yang merupakan pelajar lelaki di sebuah sekolah tahfiz di Senawang di sini yang dikuatiri hilang selepas melarikan diri akhirnya ditemui selepas mereka selamat sampai di rumah keluarga di Kedah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ibu kepada dua beradik berusia 15 dan 16 tahun itu mengesahkan bahawa anaknya sampai di rumah di Kedah pada pukul 11.30 malam tadi.

“Ibu mereka sahkan kedua-dua beradik ini balik ke rumah dan dia telah membuat laporan di Balai Polis Sarang Semut, Kedah (berkaitan anak ini).

“Mereka balik menaiki teksi sehingga ke Ipoh, Perak kemudian naik bas sehingga ke Guar Chempedak, Kedah dan sampai di rumah pada pukul 11.30 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, difahamkan abangnya yang berusia 16 tahun blajar di sekoah tersebut sejak dua tahun lalu manakala adiknya berusia 15 tahun baru sahaja mengikuti pembelajaran di sekolah sama tahun ini.

Semalam Kosmo! melaporkan dua pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Senawang di sini yang juga adik-beradik dikhuatiri melarikan diri dengan memanjat pagar sekolah tersebut awal pagi semalam.

Kejadian tersebut disedari oleh guru sekolah tersebut pada pukul 6 pagi selepas menyedari dua beradik lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu tidak hadir semasa solat Subuh.

Pada lebih kurang pukul 8 pagi, hasil semakan dari rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sekolah mendapati dua orang pelajar (adik beradik) berumur 15 dan 16 tahun telah panjat keluar pagar hadapan sekolah lebih kurang pukul 3.32 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI