PELAKON jelita Anya Geraldine membuatkan peminatnya tidak keruan apabila muncul dalam sebuah iklan kecantikan dengan mempamerkan bentuk badannya yang putih mulus.
Dalam iklan tersebut, pelakon Layangan Putus itu dilihat sedang berendam di dalam tab mandi sambil melulur badan dengan produk kecantikan tersebut.
“Saya terasa seperti ingin berdua-duaan sahaja dengan yang satu ini. Baunya sungguh harum,” kata Anya dalam iklan tersebut.
Penampilan Anya yang dilihat seperti berbogel dalam iklan tersebut memancing perhatian ramai. Dia dipuji memiliki kecantikan semula jadi.
“Sungguh cantik. Kulitnya putih ibarat telur,” kata seorang netizen.
“Jantung saya berdegup laju melihat Anya,” ujar seorang lagi peminatnya.