fbpx

Anak bujang genap 18 tahun, AC Mizal hadiahkan Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengacara popular, AC Mizal memberi kejutan buat anaknya, Reeve dengan sebuah kereta Mercedes bersempena hari lahirnya yang ke-18 tahun.

PETALING JAYA – Bersempena hari ulang tahun ke-18 tahun, pengacara Datuk AC Mizal menghadiahi anak bujangnya, Muhammad Reeve Damien sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz.

Menerusi muat naik video dalam Instagram, AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini berkongsi momen bersama isteri, Emylia Rosnaida memberi kejutan buat anaknya.

“Buat anak lelaki kami, Reeve Damien, anda telah membuatkan setiap tahun dilalui bahagia dan anda berterusan mengisi kehidupan kami dengan senyuman dan jiwa besar anda.

“Terima kasih kerana menjadi anak yang sangat hebat. Saya sangat-sangat bangga dengan anda,” tulis kapsyen dalam video dimuat naik Instagam AC yang turut dikongsi dalam akaun Emylia.

Dalam video yang dikongsi, pengacara yang cukup sinonim dengan program realiti komedi, Maharaja Lawak itu memeluk erat anak bujangnya dengan memberi suntikan semangat melalui kata-kata positif.

“Untuk anak saya. Dia telah bekerja keras,” kata AC, 51.

Perkongsian bahagia tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan ramai dalam kalangan mereka menerusi ruangan komen mengharapkan agar Damien terus berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya.

Sekadar info, AC berkahwin dengan Emylia pada 2002 dan hasil perkahwinan, pengacara itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Reeve dan seorang anak perempuan, Fea Eryssa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI