fbpx

2,605 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 2,605 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,463,740 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat empat kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 2,014 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,405,197 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (1,126 kes), Kuala Lumpur (327 kes), Negeri Sembilan (195 kes), Pulau Pinang (174 kes), Melaka (127 kes), Johor (126 kes), Kedah (120 kes) dan Perak (120 kes).

“Seterusnya, Sarawak (74 kes), Pahang (46 kes), Kelantan (43 kes), Terengganu (40 kes), Sabah (39 kes), Putrajaya (25 kes), Labuan (15 kes) dan Perlis (lapan kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, enam kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,590 kes serta tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,536 kes.

Sebanyak 22,953 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,612 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,250 kes di hospital, 29 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 38 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI