fbpx

Verstappen juara pertama GP Miami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN berjaya menewaskan Leclerc dan Sainz untuk menjuarai GP Miami di Litar Antarabangsa Miami awal pagi semalam. – AFP

MIAMI – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen mempamerkan pemanduan cemerlang untuk mendominasi Grand Prix (GP) Miami dengan menewaskan seteru utama, Charles Leclerc pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Miami awal pagi semalam.

Verstappen yang berjaya memintas jaguh Ferrari itu seawal pusingan pertama, berjaya kekal mendominasi saingan sehingga penghujung perlumbaan.

Leclerc terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan GP Miami itu di tempat kedua de­ngan rakan sepasukannya, Carlos Sainz melengkapkan kedudukan podium.

Kata Verstappen, kemena­ngan itu tidak diraih dengan mudah selepas jentera Red Bull mengalami masalah kotak gear sewaktu sesi ujian pertama pada Jumaat lepas sehingga menjejaskan persiapan pasukan.

“Ini adalah kemenangan yang bermakna buat saya memandang­kan perlumbaan GP Miami dilangsungkan buat kali pertama. Saya adalah pemenang pertama di sini sekali gus terpahat dalam sejarah tersendiri.

“Pujian wajar diberikan kepada­ barisan teknikal yang berada di belakang tabir kerana membantu merealisasikan kemena­ngan ini. Ia menyuntik semangat saya untuk terus be­kerja keras pada GP yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, Leclerc me­ngakui terkilan apabila gagal menggunakan kesempatan yang ada untuk memintas kedudukan Verstappen tetapi berharap dapat kembali bangkit untuk be­rada di landasan kemenangan pada perlumbaan seterusnya.

“Keputusan ini jelas membuktikan jentera Ferrari masih belum sempurna. Saya harap semua pihak terus bekerja keras sekiranya berhasrat untuk menamatkan kemarau gelaran juara dunia pada penghujung musim ini,” katanaya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN