fbpx

Skuad B-23 terpaksa akur hilang dua tonggak utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOLONEY mendedahkan Azam mungkin berehat selama seminggu kerana mengalami kecederaan pada kepala selepas melawatnya Hospital Province Nam Dinh, Vietnam Sabtu lepas. – FAM

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) negara terpaksa membayar harga­ mahal susulan kemenangan ke atas Thailand pada aksi pem­buka tirai Kumpulan B Sukan SEA Vietnam 2021 selepas kehilangan dua tonggak utama untuk pertemuan menentang Laos malam esok.

Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney mengesahkan dua pemain terbabit, Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim Mamat kemungkinan tidak akan diturunkan ekoran kecederaan yang dilalui pada aksi tersebut.

Kata Maloney, Azam kemungkinan terpaksa direhatkan selama­ seminggu kerana mengalami kecederaan di kepala, manakala Hairiey pula masih dalam kea­daan 50-50 memandangkan belum cergas sepenuhnya.

“Azam mengalami kecederaan teruk kerana mengalami gegaran di kepala pada aksi bertemu Thailand yang lepas tetapi mujurlah tidak serius. Namun, dia masih perlu berehat selama se­minggu sebelum boleh diturun­kan semula.

“Situasi berbeza dengan Hai­riey yang mana dia mengalami bengkak di bahagian kaki dan barisan kejurulatihan masih belum memutuskan untuk menurun­kannya dalam kesebelasan utama­ atau sebaliknya.

“Ini kerana, kami tidak mahu mengambil risiko jika kecederaan­nya bertambah parah andai diturunkan pada aksi bertemu Laos nanti,” kata pengendali import dari Australia itu.

Mengulas lanjut, Maloney mahu pasukannya memberikan tumpuan penuh untuk perlawanan menentang Laos dalam ­usaha mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan B sekali gus mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir nanti.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan Malaysia mampu melangkah ke pusingan seterus­nya kerana kita mempunyai baki tiga perlawanan lagi.

“Justeru, perkara utama yang saya tekankan pada semua pemain adalah perlu fokus untuk aksi bertemu Laos untuk memastikan momentum cemerlang pa­­­­­­sukan dapat diteruskan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI