fbpx

Sekatan ke atas minyak Russia tidak berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja mendaki tangga di luar tangki minyak di sebuah kemudahan penapisan minyak di Szazhalombatta, Hungary pada 5 Mei 2022.- AFP

BRUSSELS – Ahli Parlimen Eropah dari Ireland, Clare Daly menyatakan bahawa sekatan yang dikenakan ke atas bekalan minyak Russia tidak berkesan dalam menghentikan peperangan atau menyelamatkan nyawa penduduk Ukraine, lapor laman berita RT, kelmarin.

“Bukan kerana saya berasa kasihan dengan Russia atau dibayar oleh Vladimir Putin, namun sekatan yang dikenakan tidak berkesan.

“Mereka (Russia) tidak pernah menghentikan perang.

“Jika Eropah tidak membeli minyak Russia, pihak lain akan mendapatkannya. Rakyat biasa di Eropah juga boleh membayar minyak itu,” kata Daly dalam ucapannya pada Jumaat lalu, seperti yang dipetik daripada akhbar Irish Independent.

Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini telah mencadangkan untuk melaksanakan sekatan ke atas minyak Rusia secara berperingkat menjelang akhir tahun 2022. 

Brussels bagaimanapun mengeluarkan pengecualian untuk Hungary dan Slovakia disebabkan ekonominya yang sangat bergantung kepada bekalan tenaga Rusia.

Sementara itu, Daly menambah, Moscow dengan jelas bertanggungjawab terhadap kematian penduduk Ukraine dan gelombang pelarian dari negara itu. Beliau bagaimanapaun berhujah bahawa Barat turut menyumbang kepada peningkatan konflik antara dua negara itu.

“Kita tidak boleh mengabaikan peranan yang dimainkan oleh EU dan Amerika Syarikat. Ia bukan bertujuan untuk menyokong Rusia, tetapi bagi menerangkan bahawa kita tidak mampu selesaikan masalah jika tidak memahami puncanya,” tegasnya.

Tambah Daly, tindakan EU dan kerajaan Ireland yang menghantar lebih banyak senjata ke Kiev dilihat meningkatkan peperangan dan menyebabkan ia berterusan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI