fbpx

Richa Chadha tidak gembira berbadan langsing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICHA CHADHA

PELAKON Richa Chadha ternyata tidak begitu gembira dengan bentuk tubuhnya yang langsing. Dia sebaliknya lebih selesa dengan badannya yang sedikit berisi seperti sebelum ini.

Biarpun dipuji semakin cantik dengan potongan badan menggiurkan, pelakon berusia 35 tahun itu ternyata tidak seronok dengan pujian tersebut.

“Saya lebih gembira dengan bentuk badan saya sebelum ini. Tapi saya perlu menjadi lebih sihat dan menjaga kesihatan dengan menurunkan berat badan,” katanya.

Tambah pelakon filem RamLeela itu, dia memilih untuk mengamalkan cara hidup lebih sihat kerana faktor usia yang kian meningkat selain perlu sentiasa cergas sebagai seorang pelakon.

“Saya tidak buat senaman berat atau diet yang ketat, sebaliknya menjaga kualiti tidur, regangan ringan dan berehat jika penat.

“Terlalu banyak bersenam boleh merosakkan bahagian dalaman anda. Rehat itu penting tetapi sering dianggap remeh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI