fbpx

Psy ft. Suga tetap berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSY (kiri) bersama Suga BTS.

PENYANYI popular PSY membuktikan dia masih lagi relevan dalam industri K-pop apabila mengulang kejayaan mencipta rekod luar biasa menerusi lagu baharunya berjudul That That.

Lagu yang turut menampilkan penyanyi itu bergandingan dengan anggota kumpulan BTS iaitu Suga meraih pencapaian hebat apabila mencatat jumlah tontonan 100 juta kali menerusi YouTube hanya dalam masa seminggu.

Rekod berkenaan dicapai video muzik lagu berkenaan pada 6 Mei lalu sekali gus menjadikannya sebagai lagu K-pop paling laju mencatat jumlah tersebut bagi tahun ini.

Video muzik rasmi That That secara rasmi diluncurkan menerusi YouTube pada 29 April lalu.

That That merupakan salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album penuh terbaharu Psy berjudul Psy 9th.

Untuk rekod, penyanyi dengan nama sebenar Park Jae-sang, 44, itu pernah mencipta fenomena global menerusi lagu hit miliknya iaitu Gangnam Style.

Lagu yang dilancarkan pada 21 Disember 2012 berkenaan mencatat jumlah tontonan sebanyak satu bilion dalam YouTube, menjadikannya sebagai video lagu pertama yang meraih catatan sebanyak itu dalam laman tersebut.

Pencapaian yang diraihnya menerusi lagu fenomena tersebut membuatkan dia digelar King of YouTube oleh media Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI