fbpx

Mira Filzah selamat bersalin bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara jelita Mira Filzah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 3.40 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri suaminya, Wan Emir menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Dalam pengumuman tersebut, Emir atau nama lengkapnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut memaklumkan anak mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Emir turut memaklumkan Mira dan bayinya kini berada dalam keadaan baik dan sihat selain mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan isterinya.

“Putera sulung kami bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, pasangan itu dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada kenalan artis dan juga peminat.

“Alhamdulillah. Tahniah buat kedua-duanya,” ujar penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Tahniah sayang. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya,” kata pelakon Anzalna Nasir.

“Alhamdulillah. Tahniah Mira dan Emir. Selamat berpantang,” kata seorang peminatnya.

Sekadar info, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, selamat mendirikan rumah tangga bersama Emir, 31, yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar pada 3 September 2020 dalam suasana majlis yang cukup meriah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI