AKTRES Madhuri Dixit menarik perhatian peminatnya selepas dilihat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai bersama suaminya dengan menaiki kereta mewah jenis Porsche 911 Carrera S.
Menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini, pelakon berusia 54 tahun itu dirakam ketika tiba di lapangan terbang selepas dihantar suaminya yang juga merupakan seorang doktor pakar, Shriram Nene dengan menaiki kereta Porsche 911 Carrera S berwarna putih dianggarkan bernilai 2 crore (RM1.2 juta).
Aksi Madhuri yang sempat memberikan ciuman dan mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya sebelum memberi lambaian kepada peminat ketika berada di lapangan terbang turut menarik perhatian netizen sehingga digelar ‘pasangan sempurna’.
Mereka bukan sahaja memiliki penampilan, karier, wajah dan bakat yang dikagumi dunia bahkan kekayaan.
“Mereka pasangan sempurna,” kata seorang peminatnya.
“Madhuri kelihatan sungguh anggun dan mempunyai kelas tersendiri,” komen seorang lagi netizen.