fbpx

Emas kelima dalam genggaman Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAN YEE meraih pingat emas dalam acara 3m papan anjal individu di Pusat Akuatik My Dinh sebentar tadi.

PETALING JAYA – Kontinjen Malaysia terus menguasai Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi dengan pingat emas kelima Sukan SEA Vietnam 2021 daripada penerjun berpengalaman negara, Ng Yan Yee sebentar tadi.

Yan Yee yang lebih mesra disapa Wendy, berjaya mengungguli acara final 3 meter (m) papan anjal individu wanita dengan mengutip 270.60 markah keseluruhan selepas lima terjunan.

Ia adalah kilauan emas kedua peribadi buat penerjun dari Kuala Lumpur itu selepas terdahulu memenangi acara 3m papan anjal serirama bersama Ong Ker Ying semalam.

Ker Ying turut cemerlang apabila mengikut jejak Yan Yee menaiki podium sebagai pemenang pingat perak untuk acara 3m papan anjal individu dengan 242.40 kutipan markah keseluruhan.

Pingat gangsa pula menjadi milik penerjun Singapura, Fong Kay Yian yang berjaya meraih 230.15 markah keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI