fbpx

Dua beradik pelajar sekolah berasrama penuh dikhuatiri melarikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nanda.

SEREMBAN – Dua pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Senawang di sini yang juga adik-beradik dikhuatiri melarikan diri dengan memanjat pagar sekolah tersebut awal pagi tadi dan sehingga kini masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian tersebut disedari oleh guru sekolah tersebut pada pukul 6 pagi selepas menyedari dua beradik lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu tidak hadir semasa solat Subuh.

“Pada lebih kurang pukul 8 pagi, hasil semakan dari rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sekolah mendapati dua orang pelajar (adik-beradik) berumur 15 dan 16 tahun telah panjat keluar pagar hadapan sekolah lebih kurang pukul 3.32 pagi.

“Pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu bapa mereka mengenai anaknya yang keluar dari sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, usaha mencari kedua-dua pelajar itu di merata tempat di kawasan sekolah termasuk sekitar Senawang dan Terminal One telah dilakukan tetapi masih tidak dijumpai.

“Atas hal ini pengadu yang juga guru sekolah tersebut berusia 25 tahun telah datang ke balai polis untuk membuat laporan kerana bimbang keselamatan pelajar tersebut,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Norseli di talian 019-3020511.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI