fbpx

Bayi lelaki maut, tidak sedarkan diri di rumah pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati ketika berada di rumah pengasuh dalam kejadian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, ibu mangsa telah membawa bayi berusia 11 bulan itu ke Hospital Serdang.

“Polis kemudian menerima laporan berhubung kejadian daripada pegawai perubatan bertugas.

“Bedah siasat telah dijalankan di unit forensik hospital berkenaan, keputusannya adalah ‘pending laboratory analysis’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis telah merakam keterangan pengasuh berkenaan.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan. Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd. Raziman Rasid di talian 019-4565502. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI