fbpx

Kad merah musnahkan perancangan Gajah Perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUSTAVSSON meraikan gol pembukaan Thailand ketika menentang Malaysia pada aksi pembuka tirai Kumpulan B Sukan SEA Vietnam 2021 di Stadium Thien Truong malam kelmarin. – VNA PHOTO

PENGENDALI Thailand, ­Alexandre Polking menjadikan kad merah sebagai titik tolak kebangkitan Malaysia yang meraih kemenangan 2-1 ke atas Thailand pada aksi pembukaan Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Thien Truong malam kelmarin.

Pada aksi itu, skuad Gajah Perang terpaksa mengharungi tempoh 50 minit dengan 10 pemain selepas terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Jonathan Khemdee yang dilayangkan kad merah kerana dikesan mengasari Muhamad Syahir Bashah.

Polking menjelaskan, kehila­ngan seorang pemain membantutkan perancangan yang diatur dan terpaksa mengakui Malaysia berjaya tampil lebih baik khususnya di babak kedua.

“Titik perbezaan pastinya lebih terarah kepada kad merah, sekali gus menghalang kami daripada bermain di tahap terbaik. Pada babak kedua, Malaysia tampil dengan pemain lebih baik dan mereka adalah pasukan le­bih bagus berbanding kami.

“Kini kami tiada lagi masa untuk berasa kecewa dan perlu memenangi kesemua baki perlawanan untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya,” katanya.

Pada aksi tersebut, segalanya sempurna buat Thailand yang dilihat berjaya memberikan tekanan kepada skuad negara sehingga memperoleh gol pertama menerusi Patrik Gustavsson pada minit ke-33.

Bagaimanapun, pada minit ke-61, Ahmad Daniel Asri kembali menyamakan kedudukan sebelum pemain gantian negara, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar muncul wira dengan menyumbangkan gol kemenangan pada masa kecederaan di babak kedua.

Skuad Gajah Perang yang muncul pasukan paling berjaya dengan memenangi pi­ngat emas sebanyak 16 kali akan turun buat kali kedua bertemu Singapura, juga di Stadium Thien Truong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI