fbpx

Ribut petir di Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga negeri termasuk Kelantan dan Terengganu sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

Selain itu, turut menerima amaran sama ialah negeri Sarawak di mana melibatkan beberapa kawasan seperti Bintulu, Miri dan Marudi.

Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat bagi negeri Kelantan meliputi jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok dan Machang.

“Bagi Terengganu amaran itu melibatkan kawasan Besut dan Kemaman dan dijangka berlaku hingga pukul 12 tengah hari nanti.

“Selain itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan pedalaman Keningau dan Tambunan selain pantai barat Ranau dan Sandakan,” katanya di sini tadi.

Amaran terbabit dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI