fbpx

Polis tidak berkompromi dengan ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nota yang ditinggalkan ah long di hadapan rumah bagi menuntut kembali wang pinjaman.

PETALING JAYA – Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap pemberi pinjam wang tanpa lesen (ah long) dalam menghadapkan mereka ke muka pengadilan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, merujuk kepada satu hantaran dimuat naik di laman sosial Facebook pada 6 Mei lalu, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan risikan bagi mengesan serta mengenalpasti sindiket haram terbabit yang bergerak aktif di seluruh negara.

“Setakat 30 April 2022, sebanyak 324 kes dilaporkan telah disiasat oleh JSJK melibatkan jumlah kerugian RM2,467,404 sejak bulan Januari lalu.

“Susulan daripada itu, JSJK juga telah menangkap seramai 543 orang ah long dan sebanyak 159 kes telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Kamarudin berkata, sindiket terbabit kebiasannya menyasarkan golongan yang tidak layak membuat pinjaman daripada institusi kewangan kerana telah disenarai hitam atau diisytiharkan muflis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI