fbpx

Perkataan ‘negro’ dikira biadab, cari gaduh – Mimi Fly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI, Mimi Fly mengharapkan orang ramai berhati-hati dalam meletakkan label terhadap seseorang kerana enggan sebarang pergaduhan bersifat rasisme tercetus.

PETALING JAYA – Sedikit terkilan dengan penggunaan perkataan ‘negro’ terhadap teman lelakinya yang berketurunan Afrika-Amerika, penyanyi Mimi Fly meminta masyarakat, terutama media agar berhati-hati membuat laporan tentang satu-satu perkara.

Pemilik nama lengkap, Shamimi Amalina Norhisham itu berkata, perkataan berkenaan boleh dianggap bersifat biadab dan membawa kepada pergaduhan.

“Wahai orang Malaysia, buka matamu dan belajar memahami. Sekarang dah 2022, jangan lagi hidup dalam perpecahan dan perpisahan.

“Perkataan ‘negro’  kalau di Amerika hari ini dikira biadab. Ia adalah terma yang dicipta oleh kaum orang putih pada zaman (orang) Afrika-Amerika dijadikan hamba.

“Bertahun-tahun dan berdekad mereka bertarung demi kemerdekaan daripada slavery (penghambaan) dan terlalu ramai telah berkorban termasuk Martin Luther King, demi kebebasan dan hak asasi mereka.

“Kalau digunakan sekarang, tindakan tersebut hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat golongan berkenaan rasa kerdil dan lemah,” katanya menerusi satu hantaran status dalam Instastory.

Dalam pada itu, pelantun lagu Superfly itu bertegas, dia tidak mempunyai kudrat andai ada pihak yang sewenang-wenangnya melabelkan cita rasanya terhadap mana-mana lelaki.

“Saya bukan jenis yang senang melatah. Persepsi kalian tentang saya bukan tanggungjawab saya. Sejak permulaan karier, saya memang dikenali sebagai seseorang yang sangat berbeza. Saya ada citarasa yang berlainan, gaya berbeza.

“Saya adalah siapa diri saya. Harapan saya sekarang adalah agar saya dapat kembalikan rasa dialu-alukan yang telah saya terima sepanjang saya berada di sana daripada keluarga dan rakan-rakannya.

“Mereka dah layan saya macam saya ini sebahagian daripada keluarga mereka. Elakkan (penggunaan perkataan tersebut) agar mereka tahu orang Malaysia ini, baik sebenarnya.

“Tak biadab dan bukanlah ignorant (jahil). Doakanlah yang terbaik untuk saya. Terima kasih buat semua yang ambil berat tentang saya. Sebenarnya, saya sangat bahagia sekarang dan sedang jalani kehidupan dengan seronok,” ujarnya.

Menerusi hantaran sama, Mimi turut berharap agar orang ramai belajar lebih menghormati antara satu sama lain walaupun rasisme masih berleluasa di negara Uncle Sam tersebut.

“Walaupun rasisme masih berleluasa, mereka lebih hormat satu sama lain dan tak lagi memanggil orang kulit hitam dengan gelaran seperti negro tetapi guna panggilan orang Afrika-Amerika, colored (orang kulit berwarna) atau black (orang kulit hitam).

Terdahulu, Mimi, 35, mendedahkan bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang lelaki kulit hitam warganegara Amerika Syarikat yang berprofesion doktor pakar tulang belakang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI