fbpx

Penunggang motosikal beli lesen palsu RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan menunjukkan perbezaan antara lesen memandu asli (kanan) dan lesen memandu palsu pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Seberang Jaya, Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal sanggup membelanjakan RM1,000 semata-mata mendapatkan lesen memandu palsu, biarpun kos mendapatkan lesen motosikal hanya sekitar RM400.

Tindakan itu mengundang padah apabila dia ditahan dalam operasi khas motosikal sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di daerah Seberang Perai Selatan baru-baru ini.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa ketika mendedahkan perkara itu berkata, suspek dipercayai memperoleh lesen tersebut daripada orang ketiga dengan nilai melebihi RM1,000 untuk tempoh selama lima tahun.

Katanya,suspek yang memiliki lesen kelas D dan B2 itu ditahan ketika menunggang sebuah motosikal, manakala motosikalnya turut disita untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut beliau, pihaknya mendapati lesen memandu palsu itu hampir menyerupai lesen biasa dan jika tidak diteliti, ramai yang akan tertipu.

“Kalau nak diikutkan, kos untuk mendapatkan lesen motosikal biasa jauh lebih murah iaitu antara RM300 hingga RM400 sahaja (kelas B2) berbanding membeli lesen palsu.

“Lesen palsu ini lepas pakai lima tahun dah tak boleh guna dah. Nak kena cari yang baharu, jadi tidak berbaloi,” katanya pada sidang akhbar di Seberang Jaya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI