fbpx

Manifesto kerajaan Pulau Pinang capai 90 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bersama barisan exco kerajaan negeri Pulau Pinang. Foto : Iqbal Hamdan

GEORGE TOWN – Sebanyak 68 manifesto kerajaan negeri Pulau Pinang mencapai 90 peratus pelaksanaan dengan 54 janji telah ditepati, 12 dalam pelaksanaan manakala dua lagi tidak akan dilaksanakan ekoran terdapat pertindihan dengan program Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, beliau yakin baki 10 peratus manifesto berkenaan akan dapat dicapai bersama barisan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang seperti mana yang telah dibuktikan dalam cabaran menempuh tempoh pandemik Covid-19.

“Empat tahun lalu, 9 Mei merupakan tarikh keramat di mana rakyat Pulau Pinang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada kita.

“Sehingga hari ini iaitu genap empat tahun, hasil titik peluh bersama kita telah mencapai 90 peratus daripada jumlah manifesto secara keseluruhan yang mana 54 janji telah ditepati, 12 dalam pelaksanaan dan dua lagi tidak akan dilaksanakan ekoran terdapat pertindihan program Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika membentangkan pencapaian Manifesto 2018 kerajaan negeri Pulau Pinang di Auditorium A, Komtar di sini hari ini.

Terdapat 11 tema utama di bawah Manifesto ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ yang dibentangkan pada tahun 2018 antaranya seperti pentadbiran cekap, akauntabiliti, telus (CAT), perumahan untuk semua, negeri keusahawanan, meningkatkan kemudahan asas, negeri hijau, pembangunan pendidikan dan kemahiran dan lain-lain lagi.

Mengulas lanjut Kon Yeow, antara kejayaan di bawah tema pentadbiran CAT ialah jawatan Ketua Menteri telah dihadkan kepada dua penggal melalui pindaan terhadap Perkara 7, Klausa 2 (a) – Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 November 2018 dan diwartakan pada 31 Januari 2019. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI