fbpx

Malaysia menang aksi sulung Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Zii Jia menyumbang mata pertama ketika membantu Malaysia menewaskan England 5-0 pada aksi Kumpulan D saingan Piala Thomas 2022.- Badminton Photo

PETALING JAYA – Skuad badminton lelaki negara memulakan aksi pada saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand dengan langkah positif selepas mencatat kemenangan bersih 5-0 ke atas England sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena itu, Malaysia memulakan aksi sulung Kumpulan D menerusi aksi bertenaga perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dengan menewaskan Toby Penty 21-10, 21-15.

Beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kemudian memastikan mata kedua milik Malaysia meskipun berdepan tentangan sengit Ben Lane-Sean Vendy apabila menang dalam aksi tiga set 19-21, 21-15, 21-16.

Perseorangan kedua, Ng Tze Yong memastikan Malaysia terus selesa mendahului 3-0 apabila menewaskan Johnie Torjussen 21-16, 19-21, 21-11 sebelum Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menang 21-13, 21-9 ke atas Rory Easton-Zach Russ.

Pada aksi perseorangan ketiga, Leong Jun Hao memastikan Malaysia menamatkan aksi sulung Kumpulan D itu dengan kemenangan 5-0 selepas menewaskan Cholan Kayan 21-11. 21-18.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI