fbpx

Mak siap masak, tetamu tidak jadi datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sudah menjadi kelaziman bagi tuan rumah untuk menyediakan makanan kepada tetamu yang mahu berkunjung semasa Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, ada sesetengah tetamu yang membatalkan hasrat untuk berkunjung pada saat akhir walaupun sudah berjanji dengan tuan rumah.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, dia berasa kesal dengan sikap saudara-maranya yang tidak kunjung tiba sedangkan pelbagai juadah telah disediakan untuk mereka.

Lebih mengecewakan, tetamu yang ditunggu-tunggu juga hanya memaklumkan tidak jadi berkunjung apabila hari sudah malam atas alasan sudah beraya di banyak rumah.

“Ada saudara-mara telefon nak datang petang tadi. Mak aku punyalah beriya beli barang masak sebab ramai nak datang. Akhirnya, dah malam baru bagitahu tak jadi datang sebab pergi banyak rumah.

“Mak aku dah siap masak, banyak pula tu. Sebenarnya boleh je ‘cancel’, tapi janganlah berjanji petang dah lewat malam baru bagitahu. Jadi tunggul menunggu, baik bagi jiran makan lepas itu ajak anak-anak keluar beraya,” ciapnya.

Perkongsian itu menarik perhatian pengguna media sosial sementara ada juga yang berkongsi pernah melalui pengalaman sama.

“Sebab itu di rumah banyak beli kuih sejuk beku sahaja, dah sampai tetamunya baru goreng. Makanan berat ikut nasib, kalau ada rezeki ada, kalau tak ada tak payah,” kata Airin.

“Baru terjadi dekat mak aku semalam. Kesian tengok mak dah siap hidang cantik-cantik. Pukul 11.30 malam baru telefon kata tak jadi datang,” kata Fafa.

“Kasihannya, kalau dah berjanji itu datang sajalah. Nak-nak lagi hari raya, dah tentu tuan rumah akan masak. Tak bertimbang rasa sungguh,” kata As.

“Baru je terjadi dekat keluarga kami raya kedua hari itu, tapi tetamu kami langsung tak telefon bagitahu tak jadi datang. Diam tanpa khabar,” kata Khiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI