fbpx

LUAHAN PEMBACA: Jaga adab apabila berkunjung ke rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Saudara pengarang,

Hari ini genap seminggu umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pasti ramai warga perantau sudah pulang ke rumah masing-masing memandangkan ada yang sudah bekerja selain anak-anak juga akan ke sekolah.

Sekembalinya ke bandar, sudah pasti ramai yang akan menganjurkan rumah terbuka untuk meraikan saudara-mara dan juga rakan-rakan.

Ada yang menganjurkan rumah terbuka dalam skala besar dan ada yang meraikan tetamu di rumah sahaja bergantung kepada bajet masing-masing.

Yang penting niat kita untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim selepas dua tahun dikenakan perintah sekatan setiap kali musim perayaan Aidilfitri.

Namun apa yang kurang enak didengar adalah sikap segelintir yang tidak menjaga adab semasa mengunjungi rumah terbuka.

Ada sahaja perkara yang hendak ditegur sama ada saiz rumah, pemilihan dan susun atur perabot, barangan perkakasan elektrik sampaikan tuan rumah naik rimas.

Ada juga yang duduk lama seolah-olah berada di rumah sendiri. Keadaan ini sudah pasti menyukarkan tetamu yang baru sampai untuk makan. Seeloknya beredar dengan segera selepas makan.

Begitu juga dengan duit raya, jangan diminta atau dibuka di depan tuan rumah.

Perkara-perkara di atas kelihatan mudah, namun sukar dipraktikkan. Ingat kata pepatah, masuk dalam keadaan buta, keluar sebagai seorang yang bisu.

FATIMAH
Alor Setar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI