fbpx

Lima sekeluarga selamat dari rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di sebuah rumah dua tingkat.

KUALA SELANGOR – Lima sekeluarga terselamat daripada rentung dalam kebakaran melibatkan rumah dua tingkat di Lorong 2 Sungai Kajang Lama, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi, kesemua mereka berusia 26 hingga 60 tahun berjaya keluar dari rumah dua tingkat berkenaan sebaik menyedari kebakaran itu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 24 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Sekinchan dan Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.12 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kebakaran dikatakan mula berlaku di kawasan tingkat atas yang diperbuat daripada kayu.

“Tiada mangsa ekoran lima sekeluarga itu berjaya keluar daripada rumah semasa kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pukul 9.34 pagi dan api telah memusnahkan 50 peratus rumah tersebut,” jelasnya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI