fbpx

Lelaki khayal dadah memandu secara bahaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Viva dipandu suspek yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Percubaan seorang lelaki lari daripada pemeriksaan polis setelah dikesan memandu secara berbahaya gagal apabila berjaya ditahan di Felda Bukit Bading di sini semalam.

Suspek berusia 37 tahun yang disyaki berada dalam pengaruh dadah dikesan memandu kereta Perodua Viva secara berbahaya di Kilometer (KM) 40, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Ajil di sini pada pukul 11.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum itu, anggota polis yang mengadakan rondaan sempena Ops Samseng Jalanan mengesan kereta dipandu lelaki tersebut yang melakukan kesalahan memotong di garisan berkembar.

“Suspek enggan mematuhi arahan berhenti sebaliknya memecut laju kereta Perodua Vivanya untuk melepaskan diri.

“Dia terus secara berbahaya termasuk memandu secara zig-zag dan menghimpit kereta peronda polis sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah di Felda Bukit Bading,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, walaupun cuba melawan sehingga berlaku pergelutan, lelaki tersebut akhirnya berjaya diberkas.

Tambah beliau, setakat ini, sebanyak 11 notis kompaun kesalahan trafik telah dikeluarkan terhadap lelaki itu seperti memotong di garisan berkembar, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI