fbpx

Lelaki diberkas tipu sewa tapak bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis berjaya memberkas seorang lelaki disyaki terlibat kegiatan tipu sewa tapak bazar Ramadan melalui laman Facebook di Stadium Bukit Jalil, di sini bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya sehingga kini menerima enam laporan berhubung kes terbabit.

“Mangsa telah dijanjikan akan memperolehi tapak bazar dengan bayaran pendahuluan antara RM1,500 hingga RM2,700.

“Kesemua mangsa menyedari ditipu selepas penganjur bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil tidak diteruskan seterusnya gagal menerima duit pendahuluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis telah menahan seorang suspek utama iaitu lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pemilik akaun Facebook terbabit.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula 7 Mei lalu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan untuk siasatan selanjutnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mahidisham memaklumkan kerugian keseluruhan mangsa sebanyak RM11,300.

Orang ramai yang ditipu berhubung kes terbabit diminta tampil membuat laporan polis atau menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Cheras, Asisten Superintendan Janarthanan Nair di talian 012-5734374. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI