fbpx

Kalau ada jodoh, jadilah – Mimi Fly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIMI FLY

PENYANYI berbakat besar Mimi Fly sebelum ini ada berkongsi tentang dirinya melalui fasa depresi ketika mula-mula bercerai dengan bekas suaminya, Mohd. Firdaus Hajar.

Kata Mimi, selepas bercerai, dia melalui satu perjalanan hidup yang sangat sukar sehingga menyebabkan dirinya mengalami depresi yang agak teruk terutama apabila memikirkan statusnya ketika itu sebagai seorang janda.

Depresi yang dialaminya ketika itu bukan setakat menangis dan termenung seorang diri, tetapi lebih teruk sehingga terikut-ikut suara di dalam kepala.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Shamimi Amalina Norhisham itu berkata, fasa tersebut (perceraian) mengajarnya untuk menjadi seorang wanita yang lebih kuat selepas jatuh tersungkur menyembah bumi.

Selepas lima tahun membawa hati yang kosong, Mimi baru-baru ini membuat pengakuan bahawa dirinya kini sedang menjalin hubungan romantik dengan seorang lelaki kulit hitam.

Dedah penyanyi berusia 36 tahun itu, hubungan istimewa antara mereka sudah mula terjalin sejak dua tahun lalu dan kini sedang mengenali hati masing-masing dengan lebih mendalam.

SEJAK mengumumkan hubungan cintanya dengan lelaki kulit hitam ini, Mimi berharap netizen tidak membuat andaian bukan-bukan terhadap mereka.

“Kami mula berkenalan ketika bertemu di satu destinasi percutian. Sejak itu, kami semakin rapat walaupun hubungan terpaksa diteruskan secara jarak jauh (LDR) sebab dia sekarang menetap di Amerika Syarikat.

“Dia merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dan sangat memahami diri saya serta berfikiran terbuka. Dia tak pernah takut dengan cara bagaimana saya membawa diri di depan khalayak.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh, jadilah. Dipendekkan cerita, waktu pertama kali berjumpa, saya macam terus terpaut hati dan energi yang sama turut lahir darinya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana program raya Awesome TV 2022 di ibu negara, baru-baru ini.

Tidak mahu terlalu memperincikan tentang hubungan yang masih lagi baharu, pelantun lagu Superfly itu cuma berharap agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya.

Secara peribadi, dia dapat melihat masa depan tersebut bersama lelaki terbabit.

PERNAH depresi selepas bercerai beberapa tahun lalu, Mimi perlahan-lahan keluar dari ruang gelap hidupnya dan mencari kebahagiaan baharu.

“Barangkali dia adalah kegembiraan yang saya cari selama ini. Sebagai seorang wanita, saya rasa semua orang layak bertemu jodoh yang dapat membawa kita maju ke hadapan dan memperbaiki kekurangan diri.

“Kalau boleh, saya nak hubungan kami diteruskan ke peringkat seterusnya kerana dia sendiri banyak memberi sokongan kepada saya untuk jadi manusia yang lebih baik.

“Ada orang tanya tidak takutkah berkawan dengan orang kulit hitam? Jawapan saya, langsung tidak sebab saya rasa lelaki Melayu senang rasa intimidated (tercabar atau takut) dengan keterbukaan gaya hidup saya berdasarkan beberapa perhubungan yang pernah dilalui sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Mimi lagi, dia berharap agar orang ramai tidak membuat andaian bukan-bukan, namun memohon agar urusan jodohnya kali ini berhasil dengan baik hingga ke alam perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI